Selasa, 4 September 2018 | 11:18am
ANGGOTA Polis Diraja Malaysia beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di Pusat Mengundi Stor Material Spesifik PDRM, hari ini. - Foto BERNAMA

SEBAHAGIAN daripada anggota polis hadir untuk memgundi awal sempena Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di Ibu Pejabat Kompleks SMS PDRM, Shah Alam. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

PRK Seri Setia: Polis mula mengundi awal

SHAH ALAM: Pemilih berdaftar terdiri daripada 69 pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, bermula jam 8 pagi tadi.

Pengundian awal itu dijalankan di pusat mengundi di Kompleks Stor Menyimpan Senjata (SMS) TTDI Jaya, di sini.

Tinjauan NSTP mendapati proses pengundian di lokasi itu setakat ini berjalan lancar dan terkawal.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan bagi PRK itu, Halimey Abu Bakar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Othman Mahmood turut hadir meninjau pusat mengundi itu pada jam 10.30 pagi ini.

Pengundian awal itu membabitkan keseluruhan seramai 2,770 pengundi termasuk 173 pegawai dan anggota polis yang mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

ANGGOTA Polis Diraja Malaysia Kpl Abdul Said Maamur menunjukkan dakwat di jari selepas mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di Pusat Mengundi Stor Material Spesifik PDRM, hari ini. - Foto BERNAMA

Proses pengundian akan berakhir jam 5 petang ini.

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putrajaya, 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.

Berita Harian X