Rabu, 12 September 2018 | 3:37pm
PESURUHJAYA PAS negeri, Mustafa Daharun. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PESURUHJAYA PAS negeri, Mustafa Daharun. - Foto Iqmal Haqim Rosman

PAS NS tunggu arahan Pusat

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan akan menunggu isyarat daripada kepemimpinan Pusat bagi membuat keputusan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ini berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Mustafa Daharun, berkata perkara itu akan dibincangkan di Muktamar Tahunan parti itu yang akan mula bersidang esok di Terengganu.

“Kita tiada masalah sekiranya mendapat arahan dari Pusat untuk meletakkan calon. Jika diberi mandat untuk bertanding, kita akan bertanding,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pengumuman yang dibuat oleh PKR itu adalah satu kejutan dan PAS masih belum mempunyai sebarang kata putus bagi meletakkan calon yang sesuai bagi menghadapi PRK di kawasan itu.

Berita Harian X