Rabu, 26 September 2018 | 3:37pm
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Sairien Nafis
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Sairien Nafis

'Bila masa UMNO tidak boleh berbeza pendapat?'

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bebas menyuarakan pandangannya terhadap keputusan parti dan Barisan Nasional (BN) yang memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu mengamalkan sikap terbuka dan meraikan perbezaan pendapat jika ada ahli serta pemimpinnya tidak sehaluan dengan keputusan parti.

“Bila masa UMNO tidak berbeza pendapat. Beliau (Hishammuddin) mempunyai pandangannya. Kita tidak menghalang perbezaan pandangan.

“Tapi kita boikot kerana PRK itu dibuat hanya untuk memenuhi cita-cita politik seorang individu yang mana kita fikir wang rakyat tidak harus dihabiskan bagi tujuan itu.

“Ini bukan kali pertama kita boikot, di Permatang Pauh kita pernah (boikot). Kita lihat rakyat yang menjadi mangsa,” katanya kepada NSTP dalam temubual khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.

Semalam, Hishammuddin menyatakan rasa tidak setuju terhadap keputusan BN yang memboikot PRK berkenaan dengan menyifatkannya sebagai satu keputusan di luar kebiasaan parti dan akan mempunyai kesannya tersendiri pada masa hadapan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X