Sabtu, 6 Oktober 2018 | 8:28pm
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. - NSTP/Rozainah Zakaria

Rafizi menang di Pahang

KUANTAN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menang dengan majoriti 85 undi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden membabitkan 14 cabang di Pahang.

Rafizi memperoleh 2,383 undi, manakala Mohamed Azmin Ali yang juga penyandang jawatan itu memperoleh 2,298 undi.

Keputusan rasmi itu menunjukkan Rafizi menang di cabang PKR Kuantan, Indera Mahkota, Cameron Highlands, Bera, Paya Besar, Maran, Jerantut dan Rompin.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula menang di cabang PKR Raub, Pekan, Kuala Krau, Lipis, Bentong dan Temerloh.

Berita Harian X