Sabtu, 29 Disember 2018 | 3:42pm

Pemilihan parti mampu selesaikan isu dalaman BERSATU

PUTRAJAYA: Isu dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), khususnya membabitkan pelantikan dan pemecatan Ketua ARMADA Bahagian, dijangka selesai selepas pemilihan parti yang bakal diadakan tahun depan.

Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pemilihan itu akan memutuskan secara jelas pemimpin yang mendapat sokongan daripada akar umbi, sekali gus tidak lagi timbul isu pemimpin ARMADA disingkirkan oleh Ketua Bahagian BERSATU.

Katanya, BERSATU juga perlu mewujudkan piawaian khusus bagi mengatasi isu itu, dengan menggariskan peraturan jelas mengenai kaedah pelantik dan pemecatan pemimpin sebelum pemilihan parti diadakan.

"Pemilihan akan datang dapat menyelesaikan isu ini kerana melalui proses ini, jelas bahawa ahli akar umbi menyokong kamu atau tidak.

"Saya juga yakin isu ini akan cepat diselesaikan jika ada piawaian ketat bagaimana seseorang itu dilantik atau dibuang serta perlu melalui proses yang adil, sebelum menunggu pemilihan berlangsung," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ARMADA di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Syed Saddiq mendedahkan wujud Ketua Bahagian BERSATU tertentu yang cuba menyingkirkan pemimpin ARMADA peringkat bahagian secara sesuka hati.

Syed Saddiq pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ARMADA di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Asyraf Hamzah
Syed Saddiq pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ARMADA di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Asyraf Hamzah

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X