Sabtu, 29 Disember 2018 | 5:08pm
Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun. - NSTP/Asyraf Hamzah
Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun. - NSTP/Asyraf Hamzah

Armada, Srikandi perlu ada dalam jawatankuasa tapis bekas pemimpin UMNO

PUTRAJAYA: Wakil Armada dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu menjadi sebahagian daripada jawatankuasa meneliti dan menapis permohonan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ia bagi memastikan saringan itu dibuat dengan ketat serta mengambil kira pandangan anak muda dalam BERSATU.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Armada dan Srikandi akan memastikan hanya mereka-mereka yang layak diberikan kelulusan untuk menyertai parti itu supaya budaya politik UMNO tidak meresapi BERSATU.

"Armada runsing dengan kemasukan begitu banyak sekali bekas pemimpin UMNO yang berhijrah menyertai BERSATU.

"Kita takut budaya UMNO akan meresap ke dalam parti dan semangat BERSATU yang sebenar akan hilang perlahan-lahan.

"Kerana itu Armada usulkan, kita mahu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden BERSATU) membabitkan wakil Armada dan Srikandi untuk menapis dengan ketat pemimpin UMNO yang mahu sertai BERSATU.

"Kita mahukan ini kerana kita cintakan parti dan nak parti digerakkan oleh mereka yang amanah dan berintegriti, bukan oleh individu yang berkiblatkan wang," katanya ketika menggulung Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada di PICC di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X