Sabtu, 12 Januari 2019 | 10:10am
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad (dua kiri) bersama ahli pas dan pemimpin Barisan Nasional ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon pada Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Parlimen Cameron Highlands. - Foto Farizul Hafiz Awang

Pemimpin PAS turun sokong calon BN

CAMERON HIGHLANDS : Pemimpin PAS hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), pagi ini.

Antara yang kelihatan, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan.

Mereka berdua berarak bersama penyokong BN bagi mengiringi calon BN, Ramli Mohd Noor, menuju ke Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah.

Pusat penamaan calon dibuka jam 9 pagi tadi. Calon DAP, M Manogaran, paling awal memasuki dewan penamaan calon diikuti calon BN.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.

Berita Harian X