Rabu, 19 Jun 2019 | 5:54pm
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kiri) bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi (kiri) melakukan gimik pelancaran pada majlis perasmian Muktamar, Dewan Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City. - Foto Farizul Hafiz Awang

Sayap Pemuda PAS dapat teraju baharu

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan diterajui ketua baharu selepas penyandangnya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, tidak mengekalkan jawatan terbabit bagi sesi 2019-2021.

Keputusan pemilihan pucuk pimpinan baharu dijangka diumumkan seawal malam ini atau pada sesi kedua Muktamar DPPP ke-60 esok, selepas pengundian pemilihan Jawatankuasa Kerja bagi sesi 2019/2021 selesai kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Muhammad Khalil sebelum ini menjelaskan tidak akan mempertahankan jawatan selepas menerajui sayap berkenaan selama sepenggal.

Katanya, langkah itu bagi memberi ruang dan peluang kepada pimpinan baharu yang dilihat mampu memimpin di peringkat kawasan, negeri dan pusat.

Dua tahun lalu, anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, itu diisytihar menang tanpa bertanding bagi menggantikan Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

Desas-desus pengganti Muhammad Khalil dikatakan cenderung beralih kepada timbalannya, Khairil Nizam Khirudin.

Berita Harian X