Jumaat, 21 Jun 2019 | 11:40am
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baharu Ir. Khairil Nizam Khirudin pada Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City. - Foto Farizul Hafiz Awang
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baharu Ir. Khairil Nizam Khirudin pada Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City. - Foto Farizul Hafiz Awang

Syed Saddiq ucap tahniah kepemimpinan baharu Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada kepemimpinan baharu Pemuda PAS yang diterajui Khairil Nizam Khirudin.

Ucapan disampaikan Menteri Belia dan Sukan itu dibuat melalui akaun Twitternya di sini, hari ini.

“Tahniah kepada Saudara Ir Khairil Nizam dan Ustaz (Ahmad) Fadhli Shaari di atas mandat yang diberikan untuk menerajui Pemuda PAS.

Akaun Twitter Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Akaun Twitter Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Walaupun berbeza pendapat, tetapi semasa sesi bersama sebelum ini, memang baik dan profesional orangnya. Moga Allah memberkati perjuangan saudara,” katanya

Semalam, Khairil Nizam dipilih menerajui kepemimpinan Pemuda PAS menggantikan Muhammad Khalil Abdul Hadi yang tidak mempertahankan jawatan.

Khairil Nizam menang tanpa bertanding manakala Ahmad Fadhli yang sebelum ini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda, dipilih menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Berita Harian X