X
Selasa, 1 Oktober 2019 | 1:11pm
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun melihat peta kawasan PRK Parlimen Tanjung Piai, Johor selepas sidang media di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun melihat peta kawasan PRK Parlimen Tanjung Piai, Johor selepas sidang media di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Boleh letak calon 18 tahun

PUTRAJAYA: Parti politik boleh mula meletakkan calon berusia 18 tahun bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata ini berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah diwartakan.

“Ya, parti politik boleh meletakkan calon berusia 18 tahun kerana pindaan itu sudah diwartakan,” katanya sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas urusan PRK Parlimen Tanjung Piai di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

SPR hari ini menetapkan PRK bagi Parlimen Tanjung Piai, Johor diadakan pada 16 November ini.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November, manakala tarikh mengundi awal pada 12 November .

Pindaan Perkara 47 (calon usia 18) dan Perkara 119 (had usia mengundi) Perlembagaan Persekutuan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada 4 September lalu dan diwartakan pada 10 September.

Berita Harian X