Khamis, 7 November 2019 | 11:10am
MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan pengundi ketika program walkabout sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di Pekan Nenas Pontian. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Muhyiddin turun Pekan Nanas

PONTIAN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini, di Pekan Nanas, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden PH, bersarapan dengan orang ramai di Restoran Burasak Abah, Taman Utama, dekat sini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, beramah mesra dengan penduduk sekitar Pekan Nanas pada hari keenam kempen PRK Tanjung Piai.


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan pengundi ketika program walkabout sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di Pekan Nenas Pontian. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon PH, Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK Tanjung Piai ini adalah pilihan raya yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei tahun lalu.

Berita Harian X