Sabtu, 7 Disember 2019 | 10:11am

Anwar mohon maaf kepada ahli, rakyat

AYER KEROH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon maaf kepada ahli PKR dan rakyat berikutan kekecohan yang berlaku pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 semalam.

Presiden PKR itu bagaimanapun meminta ahli PKR tidak terburu-buru membuat kesimpulan dengan mendakwa mana-mana pihak terbabit dalam kejadian itu.

“Polis sedang menyiasat dan buatlah keputusan berdasarkan siasatan polis,” katanya pada awal Ucapan Dasar Presiden Kongres Nasional PKR 2019 ke-14 di sini, hari ini.

Dua kekecohan yang mana kedua-duanya menyaksikan ahli bertumbuk di luar dewan Kongres AMK 2019 semalam menyebabkan dua cedera termasuk seorang terkena balingan batu.

Polis menahan dua lelaki semalam yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kongres Nasional Keadilan ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad
Berita Harian X