Khamis, 16 Januari 2020 | 12:15am

Tujuh anggota AMK disingkir

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyingkirkan tujuh anggota kerana tidak hadir mesyuarat.

Tujuh anggota itu ialah Nagarajan Kaniappan, Ahmad Khairul Mohamed Noor, Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz, Mohd Firdaus Yusoff, Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri, Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman dan Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim.

Portal berita MalaysiaKini melaporkan, berdasarkan surat yang dikeluarkan, keputusan itu berdasarkan Perkara 7.14 Peraturan Tetap AMK 2014 yang menetapkan anggota majlis pimpinan AMK yang tidak hadir mesyuarat sebanyak enam kali berturut-turut tanpa alasan memuaskan, dianggap sudah meletakkan jawatan.

Surat itu bertarikh 15 Januari 2020 dan ditandatangani Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab.

Ketika dihubungi portal itu, Ketua AMK Akmal Nasrullah nasir mengesahkan surat itu dan berkata penyingkiran mereka mengikut proses yang sepatutnya.

Berita Harian X