Isnin, 16 March 2020 | 2:39pm
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. - NSTP/Nik Hariff Hassan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. - NSTP/Nik Hariff Hassan

UMNO tangguh semua mesyuarat cawangan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat di 21,039 cawangan UMNO seluruh negara yang bermula sejak 15 Februari lalu ditangguhkan ke suatu tarikh baharu.

Arahan penangguhan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad menegaskan, penangguhan itu sebagai langkah berhati-hati akibat penularan COVID-19.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini telah membuat dua keputusan iaitu mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15 Februari 2020 adalah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Semua program UMNO yang membabitkan orang ramai juga adalah tidak digalakkan buat masa ini dan dinasihatkan agar ditangguhkan,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X