Jumaat, 29 Mei 2020 | 7:00pm
Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (kiri) dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebelum ini dikatakan akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR
Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (kiri) dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebelum ini dikatakan akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR

Ahli Parlimen Alor Gajah nafi adakan sidang media

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Alor gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang akhbar hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, pihaknya memandang serius mengenai laporan berkenaan.

"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19," katanya.

Hari ini tersebar laporan mendakwa dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan sidang media, dipercayai berhubung mereka sokongan dalam parti itu.

Berdasarkan edaran jemputan media, Mohd Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Parlimen Sri Gading akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat BERSATU.

Spekulasi kedua-dua Ahli Parlimen dari BERSATU itu dijangka menarik diri daripada menyokongan Perikatan Nasional (PN) dan jika menjadi kenyataan, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong PN berkurangan kepada 111 kerusi.

Berita Harian X