X
Sabtu, 30 Mei 2020 | 10:58am

Muhyiddin minta ahli BERSATU bersabar, bertenang

KUALA LUMPUR: Semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diminta bersabar dan bertenang susulan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin parti itu, terlucut.

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan kelima-lima pemimpin itu buka dipecat, sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

"Saya yakin dan percaya BERSATU akan terus teguh. Kita telah menghadapi banyak cabaran dari awal parti ini saya tubuhkan.

"Kita menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan. Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Aizuddin Saad
PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Aizuddin Saad
Berita Harian X