;
Isnin, 24 Julai 2017 | 2:49pm

Talapia merah boleh jual RM13 sekilogram

KUALA BERANG: Ternakan ikan talapia merah boleh menjadi inisiatif dan punca pendapatan baharu kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di daerah ini dalam meningkatkan lagi sumber pendapatan mereka.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu, Abd Mubin Abdul Razak, berkata sehingga kini sebanyak 208 sangkar milik PPK Kuala Berang mengusahakan ternakan ikan sangkar di Sungai Comor, Tasik Kenyir.


Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Abd Mubin Abdul Razak, (tengah) menyampaikan hadian kepada peserta Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) yang berjaya membuat simpanan berbentuk saham paling banyak selepas Mesyuarat Agung PKK kali ke 39 di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampaun Intan. STR/NAZDY

Katanya, projek yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu itu kini mempunyai pusat pembenihan dan pembiakan yang dibina pada 2015 hasil peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia.

"Kebolehupayaan penjualan dan ternakan ikan talapia merah mampu menjana sumber pendapatan peladang kerana berdasarkan harga pasaran semasa, ikan itu mampu dijual pada harga RM13 sekilogram.

"Walaupun sebelum ini kita menghadapi kesukaran kerana faktor ternakan ikan di kawasan tasik memperlahankan tumbesaran haiwan berkenaan namun ia sudah diatasi dengan pelbagai kajian dan pembangunan.


Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Abd Mubin Abdul Razak, (tengah) menyampaikan hadian kepada peserta Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) yang berjaya membuat simpanan berbentuk saham paling banyak selepas Mesyuarat Agung PKK kali ke 39 di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampaun Intan. STR/NAZDY HARUN

"Kerajaan negeri juga sudah mewartakan kawasan itu sebagai 'red kenyir' dan zon akuakultur sekali gus membolehkan ternakan itu diperluaskan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat PPK Kuala Berang ke-39, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain Pusat Pembenihan dan Asuhan di Sungai Comor, PPK Kuala Berang, juga mempunyai sebuah lagi pusat pembenihan dan asuhan ikan keli, baung dan tilapia di Kuala Embong, di sini.

"Usaha yang dilaksanakan PPK kawasan ini dapat membantu lebih 3,000 ahli selain membuka peluang dalam bidang ternakan ikan sangkar yang dilihat berpotensi untuk lebih maju pada masa depan," katanya.

1887 dibaca
Berita Harian X