Sabtu, 5 Ogos 2017 | 12:07am
KAMARUDDIN menunjukkan susu kambing yang dihasilkan di ladang tenusunya.
KAMARUDDIN menunjukkan susu kambing yang dihasilkan di ladang tenusunya.
MINUMAN susu kambing siap dihidangkan untuk sarapan pagi.
MINUMAN susu kambing siap dihidangkan untuk sarapan pagi.
KAMARUDDIN memerah susu kambing baka Saneen yang mampu menghasilkan susu berkualiti dan dalam kuantiti yang banyak.
KAMARUDDIN memerah susu kambing baka Saneen yang mampu menghasilkan susu berkualiti dan dalam kuantiti yang banyak.
KAMARUDDIN menunjukkan rumput "Zanzibar" yang ditanam di tanah seluas dua hektar untuk dijadikan makanan ternakannya atau dijual kepada penternak lain di daerah Besut.
KAMARUDDIN menunjukkan rumput "Zanzibar" yang ditanam di tanah seluas dua hektar untuk dijadikan makanan ternakannya atau dijual kepada penternak lain di daerah Besut.

Penternak latih penuntut UniSZA

Tanpa sebarang pengalaman, jauh sekali memiliki ijazah di bidang pertanian (penternakan), Kamaruddin Abd Latif, 46, membuktikan beliau mampu menjadi seorang usahawan ternakan kambing tenusu yang berjaya, sekiranya mempunyai mempunyai keazaman.

Bermodalkan RM1,000, anak jati Kampung Kubang Depu atau mesra dipanggil Pak Din, membeli dua ekor kambing dan menternak di halaman rumahnya lima tahun lalu. Kini beliau mampu tersenyum puas apabila jumlah binatang ternakannya bertambah sehingga memiliki 100 ekor kambing yang diternak secara komersial.

KAMARUDDIN Abd Latif dari Kampung Kubang Depu, Besut, memerah susu kambing di ladang ternakannya. Foto Mohamad Ishak
KAMARUDDIN Abd Latif dari Kampung Kubang Depu, Besut, memerah susu kambing di ladang ternakannya. Foto Mohamad Ishak

Kejayaannya itu menarik perhatian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkannya jawatan jurulatih dalam jurusan Fakulti Pertanian dan Bio Teknologi universiti berkenaan. Malah, ladang ternakannya juga dipilih sebagai pusat latihan kepada 50 pelajar di bidang itu.

Kamaruddin berkata, pada mulanya beliau sekadar menternak kambing susu untuk penduduk Kampung Kubang Depu dan sekitar Besut yang dikatakan sukar memperoleh bekalan susu kambing ketika itu.

"Syukur Alhamdulillah, selepas dua tahun setengah diternak, kambing mula mengeluarkan susu dan saya hanya menggunakan kaedah tradisional untuk memerah. Pada masa sama, saya turut menternak kambing untuk daging.

"Saya memperoleh antara RM70 hingga RM100 sehari, hasil jualan susu kambing secara terus kepada pelanggan yang datang ke rumah. Hasil jualan ternakan berkenaan saya gunakan untuk memperbesarkan projek tanpa membuat sebarang pinjaman daripada institusi kewangan atau agensi berkaitan," katanya kepada BH Plus.

KAMARUDDIN Abd Latif,(tengah) menunjukkan kambing tenusu dan daging yang dipelihara di ladang tenusu miliknya di Kampung Kubang Depun, Besut.
KAMARUDDIN Abd Latif,(tengah) menunjukkan kambing tenusu dan daging yang dipelihara di ladang tenusu miliknya di Kampung Kubang Depun, Besut.

Selain membekalkan susu dan daging kambing, beliau turut menanam rumput 'Zanzibar' di kawasan seluas dua hektar untuk dijadikan makanan ternakan berkenaan serta menjualnya kepada penternak lain di sekitar daerah Besut.

Menyingkap kesudian pihak UniSZA memilihnya ladangnya sebagai pusat latihan, beliau berkata, baru-baru ini sekumpulan tenaga pengajar universiti berkenaan datang melawat ladang ternakannya dan tertarik dengan kaedah digunakannya.

"Saya difahamkan, selain belajar di kampus, UniSZA turut menempatkan seramai 50 pelajarnya bagi mengikuti latihan secara teori dan praktikal di ladang sehingga mereka tamat pengajian. Mereka akan memulakan pengajian September ini.

"Pihak UniSZA juga membekalkan enam ekor kambing baka Saneen yang dikatakan mampu menghasilkan susu kambing berkualiti dan dalam kuantiti yang banyak.

PROJEK ladang tenusu kambing diusahakan Kamaruddin Abd Latif dipilih UniSZA sebagai pusat latihan teori dan praktikal bagi pelajar Fakulti Pertanian dan Bio Teknologi.
PROJEK ladang tenusu kambing diusahakan Kamaruddin Abd Latif dipilih UniSZA sebagai pusat latihan teori dan praktikal bagi pelajar Fakulti Pertanian dan Bio Teknologi.

"Pada masa sama, pihak universiti turut menyerahkan mesin pembungkusan susu berteknologi moden supaya produk yang dihasilkan lebih berkualiti serta kemas," katanya.

Kamaruddin berkata, atas kejayaannya itu, Ahli Parlimen Besut merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, bersetuju menjadikan Kampung Jebak Puyoh sebagai lokasi ternakan kambing terbesar di negara ini.

Berita Harian X