Rabu, 16 Ogos 2017 | 10:51am

Banjir Sarawak: 6 sekolah ditutup

KUCHING: Sebuah lagi sekolah ditutup akibat banjir, menjadikan enam sekolah tidak dapat beroperasi di Sarawak hari ini.

Laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada jam 10 pagi ini berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Latap di Sibu yang mempunyai 72 murid.

Berikutan itu, 644 murid sekolah rendah di negeri ini terpaksa bercuti hari ini.

Bilangan sekolah yang terjejas pula kekal 18 dan tiada sekolah yang dijadikan pusat pemindahan walaupun keadaan banjir di kawasan pedalaman itu berterusan sejak tiga hari lalu.

204 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »