Jumaat, 18 Ogos 2017 | 12:37pm
Sebahagian bot nelayan tersadai berikutan masalah muara cetek di Kompleks Pendaratan Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besar. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Muara cetek, nelayan rugi

KOTA BHARU: Hampir 1,000 nelayan di sini kerugian kira-kira RM20,000 sebulan sejak tiga tahun lalu berikutan muara jeti Kuala Besar, Sungai Kelantan yang semakin cetek.

Persatuan Nelayan Kota Bharu mendakwa, pelbagai usaha sudah dilakukan supaya pihak berwajib mengorek pasir di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu, namun tidak berhasil.

Pengerusinya, Shaari Abdullah, berkata nelayan yang kebanyakannya menggunakan bot kelas A hanya mampu turun ke laut kira-kira empat kali sebulan iaitu ketika air pasang, manakala hari lain bot seperti berada di atas pasir.

Beliau berkata, pihak berwajib termasuk kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah mereka kerana keadaan itu menjejaskan pendapatan nelayan.

"Dulu kita keluar masuk menggunakan bot kelas A, namun kini kami terpaksa menggunakan bot kecil," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bantahan aman di jeti LKIM Kuala Besar, bagi mendesak kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan mengambil tindakan drastik mengorek pasir di muara.

Akibat muara semakin cetek, Shaari berkata, bot tersadai seminggu atau dua seminggu setiap bulan dan nelayan perlu menunggu air pasang untuk keluar mencari rezeki.

Katanya, mereka tidak boleh keluar ketika air surut kerana bimbang enjin bot rosak dimasuki pasir hingga mendatangkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Berikutan masalah itu, beliau berkata, sebahagian nelayan muara Kuala Besar, Kota Bharu meletakkan bot di jeti Tok Bali, Pasir Puteh atau Geting di Tumpat atau Kemasin di Bachok.

"Kami sudah mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan negeri Januari lalu, namun masih tiada jalan penyelesaian," katanya.

Sebahagian 300 nelayan mengadakan bantahan aman memohon pihak kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah muara cetek di Kompleks Pendaratan Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besar. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Berita Harian X