X
Rabu, 30 Ogos 2017 | 4:31pm
JALUR Gemilang gergasi dihasilkan warga Majlis Daerah Raub dipasang di Bangunan Plaza Serba Guna, Dataran Raub, Pahang. - Foto Roselan Ab Malek.
JALUR Gemilang gergasi dihasilkan warga Majlis Daerah Raub dipasang di Bangunan Plaza Serba Guna, Dataran Raub, Pahang. - Foto Roselan Ab Malek.

Jalur Gemilang gergasi di Raub

RAUB: Majlis Daerah Raub menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang, bersaiz enam meter tinggi dan 82 meter panjang.

Jalur Gemilang gergasi itu dipasang di Bangunan Plaza Serba Guna, Dataran Raub, hari ini.

Idea yang diilhamkan Pegawai Daerah Raub, Datuk Hamdan Hussin, diterjemahkan oleh pegawai dan kakitangan majlis daerah itu yang bergotong- royong menyiapkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan ke-60.

Mereka memulakan kerja melakar dan mewarna sejak seminggu lalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X