Khamis, 31 Ogos 2017 | 1:25pm
ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PESERTA acara perbarisan yang memakai busana pahlawan Melayu tradisional sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
GELAGAT peserta kanak-kanak yang memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PENGUNJUNG mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Lebih 13,000 sertai perbarisan di Seremban

SEREMBAN: Sebanyak 110 kontinjen terdiri daripada hampir 13,000 peserta, menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini, hari ini.

Perbarisan terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, pasukan beruniform, pelajar sekolah, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), veteran tentera, pasukan keselamatan dan syarikat swasta.

Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 15,000 orang yang datang seawal jam 7 pagi bersama-sama keluarga.

Acara bermula dengan Kawalan Kehormatan Utama memberi Hormat Diraja kepada Keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berkenan berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Yang turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah; Tengku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

264 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »