Jumaat, 15 September 2017 | 3:34pm
KAKITANGAN SugarBun Metro Town, Kota Kinabalu menunjukkan menu dalam Kombo Truly Malaysian. - Foto Mohd Nazllie Zainul

Hidangan kombo 'Truly Malaysian' di SugarBun

KOTA KINABALU: Restoran makanan segera, SugarBun, memperkenalkan set hidangan kombo 'Truly Malaysian' sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Ia terdiri daripada tiga set kombo hidangan iaitu set individu, hidangan dua orang serta set keluarga.

Pengurus Pemasaran SugarBun Sabah dan Sarawak, Jason Ho, berkata kombo satu adalah set individu mengandungi nasi lemak klasik, seketul ayam goreng dan teh tiga lapis premium dengan harga RM10.90 bagi setiap hidangan.

"Kombo dua pula terdiri satu nasi lemak klasik, hidangan kari ayam claypot bersama nasi putih, dua ketul ayam goreng serta dua cawan teh tiga lapis pada harga RM28.90, manakala kombo tiga ialah hidangan keluarga yang sesuai untuk lima hingga enam orang.

"Ia membabitkan satu hidangan Kano (nasi bersama ayam dengan dua pilihan sos dan acar timun), menu ayam cendawan claypot bersama nasi putih, nasi lemak klasik, lima ketul ayam goreng, dua acar timun dan lima cawan teh tiga lapis premium.


KAKITANGAN SugarBun Metro Town, Kota Kinabalu menunjukkan menu dalam Kombo Truly Malaysian. - Foto Mohd Nazllie Zainul

"Kombo istimewa ini berharga RM69 bagi setiap hidangan," katanya ketika sidang media memperkenalkan promosi terbaru berkenaan di restoran SugarBun cawangan Metro Town di sini, hari ini.

Ho berkata, pihaknya melancarkan promosi itu bagi memberi kelainan kepada pelanggan sempena Hari Malaysia 2017, selain menyemarakkan sambutan tarikh 16 September.

"Kombo 'Truly Malaysian' ini boleh didapati di lebih 70 cawangan SugarBun Sabah dan Sarawak kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan promosi berlangsung sebulan bermula hari ini hingga 15 Oktober depan," katanya.

SugarBun memiliki empat cawangan restoran di Sabah di Jalan Gaya, Metro Town, Putatan dan Kota Belud, selain satu cawangan di Labuan.

Berita Harian X