X
Sabtu, 16 September 2017 | 5:34pm
MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid bergambar bersama bayi Hari Malaysia yang dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Likas, Kota Kinabalu, petang tadi. - Foto Amniera Naziera Amran

16 bayi Hari Malaysia di HWKKS

KOTA KINABALU: Seramai 16 bayi Hari Malaysia dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak- kanak Sabah (HWKKS) Likas, di sini, sehingga jam 3 petang tadi.

Daripada jumlah itu, 11 adalah bayi perempuan dan lima lagi lelaki yang dilahirkan antara jam 12.10 tengah malam sehingga 3 petang.

Guru tadika swasta, Jeanyfeh Joseph, 28, berkata, dia tidak menyangka akan melahirkan anak ketiganya pada Hari Malaysia. Lebih manis, katanya, bayi lelaki seberat 3.83 kilogram (kg) dilahirkan secara normal jam 12.10 tengah malam itu menjadi bayi Hari Malaysia pertama di HWKKS.

"Ia menyerikan lagi kehidupan keluarga kami," katanya ditemui selepas lawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid di hospital itu, hari ini.

JEANYFEH Joseph bergambar bersama suami dan anak ketiganya yang dilahirkan pada Hari Malaysia. - Foto Amniera Naziera Amran
JEANYFEH Joseph bergambar bersama suami dan anak ketiganya yang dilahirkan pada Hari Malaysia. - Foto Amniera Naziera Amran

Turut hadir ialah Pengarah HWKKS, Dr Tan Bee Hwai.

Pada lawatan itu, Jainab menyampaikan sumbangan barang keperluan bayi dan makanan hasil sumbangan pasar raya Giant.

Jeanyfeh yang berasal dari Penampang berkata, dia bercadang untuk memberi nama anaknya Fred Ozell.

"Fred sempena nama suami saya , Fredey Pamaas, 36, manakala Ozell mengambil nama pemain bola sepak pasukan Arsenal, Mesut Ozil.

"Ini memandangkan saya dan suami amat meminati Ozil," katanya.

Berita Harian X