X
Isnin, 2 Oktober 2017 | 12:03pm
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa perbarisan di Majlis Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2017 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.- Foto Muhaizan Yahya
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa perbarisan di Majlis Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2017 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.- Foto Muhaizan Yahya

Sultan Nazrin hadiri sambutan Hari Pahlawan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Ketibaan baginda pada jam 9 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin kemudian memeriksa kawalan hormat yang terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 102 anggota Batalion Satu, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan dan diikuti deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' yang dideklamasikan oleh Koperal Kamarulzaman Mat Rashid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Seterusnya, lagu kebesaran negeri Perak dimainkan sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penamat upacara.

Berita Harian X