X
Khamis, 26 Oktober 2017 | 11:09am
 LRT . - Foto Asyraf Hamzah
LRT . - Foto Asyraf Hamzah

Perkhidmatan LRT dilanjut sempena Citrawarna

KUALA LUMPUR: RapidKL melanjutkan operasi perkhidmatan tren dan Bas Rapid Transit (BRT) sehingga jam 1 pagi sempena program [email protected] Lumpur di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

RapidKL berkata, stesen LRT Masjid Jamek yang paling hampir dengan program berkenaan akan dibuka sehingga jam 1 pagi.

Katanya penumpang boleh memasuki stesen LRT Masjid Jamek sebelum jam 1 pagi dan keluar ke mana-mana stesen LRT, monorel, MRT dan perkhidmatan BRT-Laluan Sunway.

"Stesen akan ditutup secara berperingkat seperti biasa bermula jam 11 malam.

"Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan MRT boleh bertukar di stesen integrasi Pasar Seni, Merdeka dan Maluri untuk meneruskan perjalanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Program [email protected] Lumpur 2017 memuatkan acara menarik termasuk pertunjukan fesyen, bunga api dan persembahan artis. Ia dijangka tamat pada jam 11 malam.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dijangka merasmikan acara.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X