Selasa, 14 November 2017 | 2:07pm
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Bayaran wang ihsan dinaikkan

GEORGETOWN: Kerajaan negeri hari ini, menaikkan bayaran wang ihsan mangsa bencana banjir kepada RM700, berbanding RM500 seperti diumumkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta.

"Sekiranya kutipan derma tidak mencukupi RM20 juta, ia akan ditambah atau 'top-up' oleh kerajaan negeri.

"Ini akan menjadikan bayaran ihsan 'one-off' secara keseluruhannya sebanyak RM700 kepada setiap penerima," katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Khamis lalu, kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 secara 'one-off' kepada setiap isi rumah mangsa bencana banjir, menerusi Program Pulau Pinang Bangkit.

2032 dibaca
Berita Harian X