Sabtu, 25 November 2017 | 1:35pm
Anggota trafik ditempatkan bagi melakukan kawalan lalu lintas di Jalan Kuching berhadapan Bank Negara serta jalan berhampiran lain susulan penutupan dua lorong bagi kerja mengalihkan gerabak tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). - Foto PDRM

Trafik di Jalan Kuching berhadapan Bank Negara sesak kerana dua lorong ditutup bagi memberi laluan kepada kerja mengalihkan gerabak tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tergelincir Khamis lalu. - Foto PDRM

Dua lorong ditutup alih gerabak KTMB

KUALA LUMPUR: Jalan Kuching berhadapan Bank Negara dari arah pusat bandar ditutup dua lorong bagi memberi laluan kepada kerja mengalihkan gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tergelincir, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kerja itu sudah dimulakan sejak jam 9.30 malam tadi dan dijangka mengambil masa dua hari untuk selesai.

Katanya, penutupan lorong itu turut menyebabkan kesesakan sepanjang lebih lima kilometer sehingga ke Hotel Vivatel.

"Berikutan itu, 30 anggota ditugaskan untuk melakukan kawalan bagi membantu kelancaran aliran trafik di jalan berkenaan dan laluan berdekatan lain yang dikenal pasti boleh menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

"Kita juga ingin menasihati pengguna jalan raya supaya tidak melalui Jalan Loke Yew ke Dataran Merdeka selain Jalan Kinabalu, Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan Bulatan Dato' Onn berhampiran Bank Negara.

KESESAKAN teruk berlaku dari Bulatan Sungai Besi menuju lampu isyarat di Jalan Loke Yew, Hang Tuah pada jam 1.30 petang tadi.
KESESAKAN teruk berlaku dari Bulatan Sungai Besi menuju lampu isyarat di Jalan Loke Yew, Hang Tuah pada jam 1.30 petang tadi.

"Gunakan laluan alternatif lain untuk ke pusat bandar bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan," katanya.

Dalam kejadian jam 2.58 pagi itu, 12 gerabak tren kargo yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Pelabuhan Klang tergelincir di Kilometer 386, antara laluan Stesen Bank Negara-KL Sentral.

Insiden itu menyebabkan operasi perkhidmatan tren kendalian KTMB; Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang terjejas.

Berita Harian X