Jumaat, 1 Disember 2017 | 1:49pm
WAKTU operasi LRT bagi laluan Ampang dan Sri Petaling akan tamat lebih awal esok iaitu jam 11 malam.- Foto Hafiz Sohaimi
WAKTU operasi LRT bagi laluan Ampang dan Sri Petaling akan tamat lebih awal esok iaitu jam 11 malam.- Foto Hafiz Sohaimi

Perubahan sementara waktu operasi LRT

KUALA LUMPUR: Waktu operasi Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Ampang dan Sri Petaling akan tamat lebih awal esok iaitu jam 11 malam.

Perubahan waktu operasi ini adalah disebabkan kerja menaik taraf stesen Chan Sow Lin dan stesen Miharja.

Berikutan itu, laluan Ampang akan memulakan operasi jam 11 pagi pada Ahad, manakala LRT laluan Seri Petaling yang melalui Putra Heights dan Sentul Timur beroperasi seperti biasa iaitu pada jam 6 pagi.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam kenyataan medianya berkata, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan kereta api dan bas perantara bagi memastikan komuter sampai ke destinasi sepanjang tempoh perubahan operasi pada Ahad.

"Kereta api perantara akan beroperasi setiap 16 minit bermula 6 pagi dan berakhir 11 pagi dari stesen Ampang ke stesen Chan Sow Lin.

"LRT laluan Ampang beroperasi seperti biasa iaitu setiap enam minit sebaik kerja menaik taraf trek selesai.

"Turut disediakan, bas perantara percuma setiap 15 minit dari stesen Miharja ke stesen Chan Sow Lin," katanya.

LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Sungai Buloh-Kajang dan KL Monorel beroperasi seperti biasa bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang selesa kepada pengguna.

Untuk mendapat maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.myrapid.com.my atau di laman Facebook Rapid KL dan twitter @MyRapidKL.

Berita Harian X