Rabu, 6 Disember 2017 | 8:34am
Mangsa banjir, suri rumah, Umi Ros Ellyinda Awang, 35, meletak barangan eletriknya ke tempat yang tinggi bagi mengelak berlaku gelombang banjir kedua yang akan melanda di Kampung Tiong, Kota Bharu. - Foto Faris Zainuldin

573 mangsa banjir di Kelantan

nfazlina@bh.com.my

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan kekal 573 mangsa yang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan.

Kesemua mangsa membabitkan 231 keluarga itu masing-masing di Tumpat dan Pasir Mas.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan sehingga jam 8 pagi ini, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas menempatkan 516 mangsa membabitkan 231 keluarga.

Di Tumpat 57 mangsa banjir membabitkan 15 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan.

Banjir yang melanda Kelantan sejak Ahad minggu lalu kini hampir pulih sepenuhnya dan kebanyakan mangsa banjir yang masih berada di PPS disebabkan 'banjir termenung'.

197 dibaca
Berita Harian X