Khamis, 7 Disember 2017 | 1:03pm
GAMBAR fail, mangsa banjir, Raja Mariam Raja Kechik, 42, membawa anaknya, Mohamad Izhar Abdul Ghani, 2 tahun, membuat pemeriksaan kesihatan yang disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, Tumpat pada 30 November lalu. - Foto Syamsi Suhaimi

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

nfazlina@bh.com.my

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) sudah ditutup tengah hari ini.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan yang satu-satunya masih dibuka sehingga pagi tadi, ditutup jam 12 tengah hari.

Seramai 32 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga itu dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing walaupun sebahagian besar kediaman penduduk dilanda banjir termenung.

Penutupan SK Bunohan itu menyaksikan banjir gelombang pertama di Kelantan yang mencatatkan sehingga hampir 15,000 mangsa kini selesai.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan yang berisiko banjir masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan gelombang kedua, selain ramalan hujan lebat mulai hari ini sehingga Ahad ini.

133 dibaca
Berita Harian X