Rabu, 13 Disember 2017 | 5:06pm
KAKITANGAN Sugarbun cawangan Metro Town menunjukkan set hidangan Swinger Mania Combo. - Foto Mohd Nazllie Zainul

Tawaran Swinger Mania Combo di SugarBun

KOTA KINABALU: Restoran makanan segera Sugarbun memperkenalkan tiga set hidangan kombo baharu Swinger Mania Combo sempena musim cuti hujung tahun.

Pengurus Pemasaran SugarBun Sabah dan Sarawak, Jason Ho, berkata kombo pertama terdiri daripada burger ikan, kentang goreng putar dan minuman ringan dengan harga RM13.99 bagi setiap hidangan.

"Kombo kedua pula adalah hidangan satu ketul ayam goreng popular Sugarbun bersama kentang goreng putar serta minuman ringan. Set ini berharga RM10 dan sesuai bagi penggemar menu ayam goreng di restoran kami.

"Kombo ketiga pula ialah set hidangan sama seperti kombo kedua namun set ini mempunyai dua ketul ayam goreng. Hidangan ini turut disertakan kentang goreng putar dan satu minuman ringan dengan harga RM12.99 setiap kombo," katanya pada sidang media memperkenalkan promosi terbaru itu di sini, hari ini.


RESTORAN makanan segera Sugarbun memperkenalkan tiga set hidangan kombo baharu Swinger Mania Combo sempena musim cuti hujung tahun. - Foto Mohd Nazllie Zainul

Ho berkata, semua menu dalam promosi itu adalah pilihan menu terbaik dan sering menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke premis Sugarbun.

"Kita melancarkan promosi ini bagi memberikan kelainan kepada pelanggan setia kami selain mahu menyemarakkan suasana musim percutian hujung tahun termasuk sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2018.

"Swinger Mania Combo ini boleh didapati di lebih 70 cawangan SugarBun Sabah dan Sarawak kecuali cawangan kami di lapangan terbang.

"Promosi ini berlangsung selama sebulan bermula 15 Disember hingga 15 Januari 2018," katanya.

SugarBun memiliki empat cawangan restoran di Sabah iaitu di Jalan Gaya, Metro Town, Putatan dan Kota Belud selain sebuah cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Berita Harian X