Selasa, 26 Disember 2017 | 3:45pm

Rapid KL lanjutkan masa perkhidmatan sempena Ambang 2018

KUALA LUMPUR: Rapid KL selaku pengendali perkhidmatan LRT, Monorel, MRT, BRT dan bas Rapid KL, akan melanjutkan waktu operasinya sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2018.

Lanjutan waktu perkhidmatan terbabit, bertujuan memberi peluang kepada warga kota untuk mengikuti acara berkenaan.

Bagi memastikan sambutan berjalan lancar Rapid KL meminta warga kota menggunakan kad My Rapid TnG bagi memudahkan urusan perjalanan masing-masing.

"Orang ramai diminta meletakkan kenderaan mereka di kemudahan Park & Ride, sebelum menaiki pengangkutan awam untuk ke pusat bandar.

"Sentiasa berwaspada dan patuh kepada arahan pihak berkuasa," kata syarikat itu menerusi satu kenyataannya hari ini.

Waktu operasi bagi LRT laluan Ampang, Sri Petaling membabitkan Masjid Jamek dan Bandaraya adalah sehingga jam 2 pagi.

Bagi laluan LRT Kelana Jaya membabitkan KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni adalah sehingga 2 pagi, manakala Ampang Park dan USJ 7 pada jam 1 pagi.

MRT laluan Sungai Buloh, Bukit Bintang, Mutiara Damansara dan Pasar Seni dilanjutkan sehingga jam 1 pagi.

BRT laluan Sunway iaitu Sunway Lagoon, Sunway Setia Jaya dan Mentari, beroperasi sehingga 2 pagi, manakala Sun Medm SunU-Monash, South Quay-USJ1 dan USJ7 hingga jam 1 pagi.

Sementara itu, bas yang terbabit dengan waktu lanjutan operasi adalah dari laluan Taman Sri Muda, Subang Suria, Kota Damansara, Taman Sentosa, Taman Dato Senu dan Puchong Utama yang menuju ke destinasi Pasar Seni.

Turut dilanjutkan waktu operasi bas dari laluan Pandan Mewah dan Taman Melawati yang menuju ke Munshi Abdullah, bas dari Terminal Kajang ke Lebuh Pudu dan Taman Jasa Utama ke Medan Pasar.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X