Isnin, 1 Januari 2018 | 8:00pm
KEADAAN banjir di KM2 jalan Mersing ke Jemaluang yang dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. - Foto Mohd Sah Muda
KEADAAN banjir di sekitar jalan Mersing ke Jemaluang dinaiki air selepas hujan lebat dan di tutup kepada kenderaan ringan. - Foto sosial media
KEADAAN banjir di sekitar jalan Mersing ke Jemaluang dinaiki air selepas hujan lebat dan di tutup kepada kenderaan ringan. - Foto sosial media

Mersing, Kota Tinggi, Segamat dilanda banjir

JOHOR BAHRU: Seramai 234 orang daripada 63 keluarga di daerah Kota Tinggi, Mersing dan Segamat dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata hujan lebat lebih dua jam membabitkan Kampung Bukit Raja, Kota Tinggi dengan pusat pemindahan dibuka mulai jam 9 pagi tadi.

Katanya, semua 10 orang daripada tiga keluarga dari kampung itu dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia.

Beliau berkata, banjir di Mersing membabitkan kawasan Air Papan dan beberapa kampung termasuk Kampung Tanjung Genting, Tenglu Besar, Kelantan dan Semanyir, Endau, Air Tawar serta Taman Nakhoda membabitkan 173 orang daripada 46 keluarga.

"Pusat pemindahan Balairaya Taman Nakhoda, Mersing, dibuka pada jam 1.45 petang tadi, diikuti SK Air Papan (4.15 petang); SK Tenglu (4.30 petang); Balairaya Serbaguna Kampung Benaung (4.45 petang) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (5.20 petang)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, seramai 51 mangsa daripada 14 keluarga Orang Asli di Kampung Segamat Kecil, dekat Labis turut dipindahkan ke balai raya di kampung itu.

10028 dibaca
Berita Harian X