Rabu, 10 Januari 2018 | 9:35am

Paip gas Petronas bocor

MIRI: Paip gas milik Petronas berdekatan Long Luping di Lawas, utara Sarawak, dikesan mengalami kebocoran pada jam 2.24 pagi tadi.

Petronas dalam kenyataan dikeluarkan hari ini mengesahkan kejadian dan berkata, pasukan kecemasan syarikat sudah dikerah ke lokasi bagi mengawal keadaan.

"Secara keseluruhan kebocoran itu terkawal. Semua agensi berkaitan sudah pun dimaklumkan mengenai insiden berkenaan," katanya.

Tiada pencemaran berlaku manakala penduduk sekitar disahkan selamat.

Syarikat itu sedang menyiasat punca kejadian.

1636 dibaca
Berita Harian X