Khamis, 11 Januari 2018 | 3:20pm
DATUK Lee Kim Shin meninjau lokasi tanah runtuh di Bukit Kanada, Miri. - Foto Kandau Sidi
DATUK Lee Kim Shin meninjau lokasi tanah runtuh di Bukit Kanada, Miri. - Foto Kandau Sidi

Kaji tanah runtuh di Bukit Kanada

MIRI: Kementerian Kerja Raya sudah menghantar pakar bagi menjalankan kajian tanah runtuh di laluan pelancongan menuju ke Muzium Sains Petroleum di Bukit Kanada, di sini.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, pakar itu akan memulakan kajian dalam masa terdekat untuk mengenal pasti kaedah sesuai menangani masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, usaha mengkaji tanah runtuh itu sudah mendapat persetujuan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf.

"Kita ingin memastikan laluan berkenaan dapat digunakan pelancong ke tapak telaga minyak pertama itu," katanya ketika meninjau kawasan tanah runtuh itu di sini, hari ini.

Kim Shin berkata, kerajaan akan memastikan kawasan laluan tanah runtuh itu selamat digunakan kerana ramai pelancong menggunakan laluan itu untuk melihat keindahan bandaraya Miri.

"Kita juga akan memastikan kajian turut dilakukan terhadap hakisan tanah di kawasan Kampung Haji Wahed diatasi mengelak ia membahayakan penduduk kampung," katanya.

Ketika ini, seramai 20 penduduk dari enam keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh di lereng bukit berkenaan minggu lalu masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit, di, sini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X