Jumaat, 12 Januari 2018 | 9:43am
AIR banjir memenuhi dalam sungai berhampiran kampung Tenglu dan penduduk diarahkan berpindah di Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Kebangsaan Tenglu, Mersing. - Foto Mohd Sah Muda

Mangsa banjir di Johor meningkat

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing meningkat apabila 118 orang daripada 31 keluarga dipindahkan di empat pusat pemindahan.

Semalam ada 95 mangsa di Segamat dan Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi hari ini, dua pusat di Segamat menempatkan 56 mangsa, manakala dua pusat di Mersing menempatkan 62 mangsa.

"Di Segamat, seramai 46 mangsa ditempatkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak dan 10 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Pogoh Tengah.

"Di Mersing, seramai 34 mangsa ditempatkan di Balai Raya Kampung Tenglu Besar dan 28 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Air Papan," katanya di sini, hari ini.

Ayub berkata, Jalan Telok Arong di Mersing ditutup satu lorong akibat runtuhan cerun dan pemantauan oleh agensi serta pejabat daerah terus dilakukan di kawasan berkenaan.

2230 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »