Jumaat, 12 Januari 2018 | 11:07pm

7,000 hadir Majlis Negeri Sembilan Berselawat

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, malam ini.

Yang turut mencemar duli, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Program anjuran kerajaan negeri sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-70 itu dimulai dengan bacaan Asmaul Husna, doa serta qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis bermula jam 9 malam yang dihadiri lebih 7,000 orang itu turut menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan Syeikh Abd Razak Al Masri.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan EXCO kerajaan negeri.


YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, malam ini. - Foto Hazreen Mohamad
389 dibaca
YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, malam ini. - Foto Hazreen Mohamad
Berita Harian X