Sabtu, 13 Januari 2018 | 8:31am
ANGGOTA APM dan pegawai agensi meninjau rumah penduduk yang dinaiki air di Kampung Seberang Batu Badak Segamat. - Foto ihsan APM Johor

Banjir di Johor main buruk

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing meningkat ketara apabila seramai 1,062 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan, berbanding 627 orang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, semua mangsa ditempatkan di 11 pusat.

Katanya, seramai 97 mangsa dipindahkan di empat pusat di Segamat, manakala seramai 965 mangsa dipindahkan di tujuh pusat Mersing.

Beliau berkata, Mersing mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir ketara membabitkan kawasan Kampung Orang Asli Labong, Tenglu Besar, Air Papan, Air Merah, Kampung Baru Jemari dan Sungai Muka Dua.

"Pusat pemindahan baharu di Mersing yang dibuka pada jam 9.30 pagi tadi ialah Balai Raya Kampung Benaung yang menempatkan 81 mangsa daripada 17 keluarga.

"Empat pusat sedia ada di Mersing mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan yang menempatkan 162 mangsa dan Sekolah Agama Pengkalan Batu menempatkan 113 mangsa.

"Turut meningkat, pusat di Sekolah Agama Mersing Kanan yang menempatkan 313 mangsa, selain SKLabong yang menempatkan 148 mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

1390 dibaca
Berita Harian X