Rabu, 17 Januari 2018 | 10:45am
DR Zambry bersama Zamri Man meninjau beberapa lokasi sekitar bandaraya Ipoh malam tadi bagi melihat pencahayaan dan kebersihan pada waktu malam. - Foto Ihsan Majlis Bandaraya Ipoh

MB Perak berbasikal tinjau pembangunan

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, turun padang dengan berbasikal meninjau dan melihat sendiri pembangunan termasuk dari sudut pencahayaan dan kebersihan di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Tinjauan jam 9 malam bermula dari Jalan Raja Dihilir sebelum ke lokasi lain.

Antaranya termasuk Hospital Raja Permaisuri Bainun, Taman D R Seenivasagam, Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dataran Stesen, Dewan Bandaran, Padang Ipoh, Jalan Sultan Idris, Hospital Pantai Puteri dan Jalan Sultan Azlan Shah.


DR Zambry bersama Zamri Man meninjau beberapa lokasi sekitar bandaraya Ipoh malam tadi bagi melihat pencahayaan dan kebersihan pada waktu malam. - Foto Ihsan Majlis Bandaraya Ipoh

Turut serta dalam tinjauan itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), tinjauan itu salah satu pendekatan turun padang yang sentiasa diamalkan Menteri Besar serta MBI.

"Semoga tinjauan seumpama ini akan terus mengekalkan Ipoh sebagai bandar terbersih di Malaysia dan MBI selaku PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) terbaik di Malaysia," katanya.

Berita Harian X