Rabu, 17 Januari 2018 | 1:52pm
ANGGOTA penguat MPN menyita sebuah premis menjual permaidani dikendalikan warga asing di Pusat Borong Nilai 3, Nilai. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan

Premis permaidani tanpa lesen ditutup

NILAI: Majlis Perbandaran Nilai (MPN) menyita sebuah premis menjual permaidani dikendalikan warga asing yang dikesan beroperasi tanpa lesen perniagaan di Pusat Borong Nilai 3, di sini.

Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MPN, Syamsul Amri Ismail, berkata dalam serbuan kelmarin, pihaknya turut mengesan kesalahan peniaga meletakkan barangan jualan di kaki lima premis.

Dua minggu lalu, katanya, amaran lisan diberi kepada peniaga yang turut menjual barangan perhiasan ayat al-Quran itu supaya menutup premis sementara membuat permohonan lesen.

"Bagaimanapun, amaran MPN tidak diendahkan, maka kita mengambil tindakan menutup perniagaan dan menyita barangan jualan termasuk cadar dan kain," katanya di sini, hari ini.

Syamsul berkata, tindakan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPN) 1999; Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974; Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, serta Akta 171 Udang-undang Kecil MPN.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan premis tanpa lesen terutamanya yang dikendalikan warga asing, boleh menyalurkan maklumat kepada MPN untuk tindakan lanjut.

1101 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »