Selasa, 30 Januari 2018 | 2:34pm
JASON Ho (kiri) bersama pekerja restoran SugarBun menunjukkan menu Prosperity Bucket sempena perayaan Tahun Baru Cina, di MetroTown, Kota Kinabalu.- Foto Lano Lan
PROSPERITY Bucket antara menu di Restoran SugarBun yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina, di MetroTown, Kota Kinabalu.- Foto Lano Lan

SugarBun perkenal set hidangan ayam goreng 'bucket'

KOTA KINABALU: Restoran makanan segera, SugarBun buat julung kali memperkenalkan set hidangan ayam goreng 'bucket' sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Set hidangan kombo baharu, 'Prosperity Bucket' itu terdiri daripada lapan ketul ayam goreng, dua set kentang goreng putar dan satu botol minuman ringan 1.5 liter sama ada oren F&N atau EST Cola dengan harga RM42 bagi setiap hidangan.

Pengurus Pemasaran SugarBun Sabah dan Sarawak, Jason Ho, berkata pihaknya menggunakan pendekatan berbeza sempena promosi perayaan kali ini kerana mahu memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

Ho berkata, SugarBun pernah menggunakan rangka promosi sama di Sarawak beberapa tahun lalu menggunakan 'bucket' sebelum mengubah kepada penggunaan kotak bagi hidangan ayam goreng, namun ini kali pertama set ayam goreng 'bucket' diperkenalkan di Sabah.

"Promosi terbaharu ini, kita mengetengahkan hidangan ayam goreng yang begitu popular dalam kalangan penggemar jenama makanan segera ini.

"Kita sentiasa menggunakan ayam segar berbanding sejuk beku kerana mahu menjaga kualiti hidangan, selain membuang semua lemak yang ada pada bahagian ayam.

"Cara menggoreng menggunakan tekanan tinggi membuatkan ayam goreng kami lebih enak dan berjus apabila dinikmati," katanya ketika sidang media memperkenalkan kombo itu di sini, hari ini.

Ho berkata, pelanggan juga boleh mendapatkan sampul perayaan Tahun Baharu Cina secara percuma melalui setiap pembelian 'Prosperity Bucket'.

"SugarBun melancarkan promosi ini bagi memberi kelainan dan pilihan kepada pelanggan setia kami, selain mahu menyemarakkan suasana sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

"Set kombo ini boleh didapati di lebih 70 cawangan SugarBun Sabah dan Sarawak kecuali di lapangan terbang dengan promosi bermula 1 Februari hingga 4 Mac 2018," katanya.

SugarBun memiliki lima cawangan restoran di Sabah iaitu di Jalan Gaya, Metro Town, Putatan, Kota Belud dan Plaza Shell, selain sebuah cawangan di Labuan.

Berita Harian X