Sabtu, 10 Februari 2018 | 7:58pm
UNIT Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu menghantar bekalan makanan dalam Misi Penghantaran Bekalan Makanan Mangsa Banjir dari Tatau Ke Nanga Tau, Tatau, Bintulu. - Foto ihsan Bomba

Mangsa banjir Rumah Panjang dapat bekalan

BINTULU: Sebanyak 672 bungkusan makanan diagih di kawasan Nanga Tau, Tatau diagihkan kepada 4,354 penerima membabitkan Rumah Panjang Dilang, Rumah Panjang Bharat dan Rumah Panjang Thomas Angkoh, semalam.

Semua bekalan makanan dihantar melalui Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan pesawat Mi-171 berikutan jalan darat ke kawasan berkenaan terputus sepenuhnya.

Jurucakap JBPM Sarawak berkata, sebanyak 14,000 kilogram bungkusan makanan dihantar dari Dewan Sukan Tatau ke rumah panjang berkenaan.

"Sebanyak 268 bungkusan makanan diagihkan ke Rumah Panjang Dilang, 129 bungkusan ke Rumah Panjang Bharat dan 275 bungkusan makanan ke Rumah Panjang Thomas Angkoh membabitkan 740 pintu rumah.

"Penghantaran pertama dilakukan pada jam 10.57 pagi semalam, membabitkan 10 anggota bomba," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, misi penghantaran bantuan turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA).

Berita Harian X