Jumaat, 15 Jun 2018 | 6:26pm

Sabah berpotensi jadi hab makanan laut

TAWAU: Sabah yang dikenali sebagai syurga makanan laut berupaya dibangunkan sebagai hab makanan laut terkemuka Asia, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat selain memacu pembangunan yang lebih pesat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, anugerah alam untuk Sabah itu turut menjadi satu tarikan pelancong ke negeri terbabit, yang secara tidak langsung mampu memberi manfaat kepada ekonomi rakyat.

"Sudah tiba masanya untuk pemimpin di setiap daerah menggembleng tenaga untuk memanfaatkan kelebihan Sabah yang menguntungkan rakyat di negeri ini," katanya.

Ketika lawatan sulungnya ke Tawau, beliau turut menyuarakan hasrat untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada anak jati Sabah bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Mohd Shafie juga berharap daerah Tawau dapat menjalankan kegiatan tanaman buah-buahan kerana jenis tanah di daerah itu sesuai untuk penanaman buah-buahan bermutu tinggi.

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto Khairull Azry Bidin

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X