Khamis, 6 September 2018 | 1:50pm
TUANKU Najihah Tunku Besar Burhanuddin (tengah) memotong kek sewaktu mencemar duli pada sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah ke-50. - Foto BERNAMA
TUANKU Najihah Tunku Besar Burhanuddin (tengah) memotong kek sewaktu mencemar duli pada sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah ke-50. - Foto BERNAMA

Tuanku Najihah hadir jubli emas SMK Tunku Ampuan Najihah

SEREMBAN: Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin hari ini berkenan mencemar duli hadir pada Sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Najihah.

Tuanku Najihah yang berbusana kebaya hijau meluangkan masa kira-kira dua jam berjumpa pelajar, guru dan alumni sekolah tersebut.

Dalam ucapannya, baginda menyeru agar alumni SMK Tunku Ampuan Najihah bersama-sama membantu pihak sekolah, sama ada dari segi material dan pembangunan mahupun sokongan moral dalam setiap program dan aktiviti yang dirancang demi kepentingan anak didik sekolah ini.

TUANKU Najihah Tunku Besar Burhanuddin (dua,kanan) melihat pameran galeri sewaktu mencemar duli hadir pada sambutan Jubli Emas SMK Tunku Ampuan Najihah ke-50. - Foto BERNAMA
TUANKU Najihah Tunku Besar Burhanuddin (dua,kanan) melihat pameran galeri sewaktu mencemar duli hadir pada sambutan Jubli Emas SMK Tunku Ampuan Najihah ke-50. - Foto BERNAMA

“Kepada murid yang masih belajar dan menimba ilmu di sekolah ini, beta berharap agar terus gigih berusaha untuk menjadi murid cemerlang dan mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi,” titahnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek dan Pengetua sekolah, Norida Omar.

SMK Tunku Ampuan Najihah memulakan sesi persekolahan pada Januari 1968, dan kini mempunyai 484 pelajar, 54 guru serta 26 kakitangan sokongan dan pekerja swasta. -- BERNAMA

Berita Harian X