Sabtu, 15 September 2018 | 9:25pm
Keadaan banjir yang melibatkan penduduk Kampung Ladang Sengkang, Linggi Port Dickson. - Foto ihsan APM

Tiga keluarga terjejas banjir kilat

PORT DICKSON: Seramai 15 orang daripada tiga keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Sungai Raya, selepas Kampung Ladang Sengkang, Linggi, di sini, dilanda banjir kilat, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan berkata, ia susulan hujan lebat yang melanda daerah itu, sejak jam 6 pagi tadi.

“Hujan lebat berlarutan dari pagi hingga tengah hari menyebabkan air lambat mengalir ke laut dan kesan air pasang besar menyebabkan berlaku banjir kilat. Air naik sehingga paras satu meter.


Keadaan rumah salah seorang mangsa banjir penduduk Kampung Ladang Sengkang, Linggi Port Dickson. - Foto ihsan APM

“Seramai 23 pegawai dan anggota APM dihantar ke lokasi terjejas bagi pemantauan dan pemindahan. Seramai 15 orang terdiri daripada 10 dewasa, empat kanak-kanak dan seorang bayi dipindahkan ke PPS pada jam 5 petang tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut ditempatkan di PPS bagi membantu mangsa banjir.

Katanya, air mulai surut namun pihaknya masih menjalankan pemantauan di lokasi.


Sebahagian mangsa banjir penduduk Kampung Ladang Sengkang, Linggi tempatkan pemindahan di Pusat Pemindahan Sementara Balai Raya, Sungai Raya Linggi Port Dickson. - Foto ihsan APM

Berita Harian X