Isnin, 1 Oktober 2018 | 8:43pm

Berita kemangkatan Sultan Pahang tidak benar

KUANTAN: Istana Pahang menafikan berita mengenai kemangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang tersebar hari ini.

Menurut sumber, Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan sihat dan sedang berada di ibu negara.

“Tuanku berada dalam keadaan sihat..saya menafikan berita (kemangkatan) yang tersebar itu,” katanya.

Difahamkan baginda kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak empat hari lalu.

Sultan Ahmad Shah bakal menyambut Ulang Tahun Keputeraannya yang ke-88 pada 24 Oktober ini.

Berita Harian X