Selasa, 9 Oktober 2018 | 9:48am
ORANG ramai menjalani aktiviti harian seperti biasa dalam keadaan paras air yang naik terkawal di Jeti Awam Bagan Hailam, Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang berikutan fenomena air pasang besar berlaku mulai hari ini 9 hingga 11 Oktober. - Foto Faiz Anuar

Keadaan air pasang besar di Selangor terkawal

SHAH ALAM: Air pasang yang berlaku pagi tadi tidak menjejaskan rutin harian penduduk sekitar.

Tinjauan NSTP di Jeti Awam Bagan Hailam, Pelabuhan Klang, mendapati paras air naik lebih daripada kebiasaan namun terkawal.

Sementara itu, di Kapar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan, berkata air pasang pagi tadi tidak menjejaskan keadaan ban sekitar daerah itu.

Katanya, ban yang dikesan terhakis sejak beberapa hari lalu juga tetap kukuh selepas kerja penambakan dibuat.

“Pada pagi tadi, pemantauan dibuat dari jam 4 pagi hingga 7 pagi dengan keanggotaan seramai 91 anggota dari pelbagai agensi.

ORANG ramai menjalani aktiviti harian seperti biasa dalam keadaan paras air yang naik terkawal di Jeti Awam Bagan Hailam, Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang berikutan fenomena air pasang besar berlaku mulai hari ini 9 hingga 11 Oktober. - Foto Faiz Anuar
ORANG ramai menjalani aktiviti harian seperti biasa dalam keadaan paras air yang naik terkawal di Jeti Awam Bagan Hailam, Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang berikutan fenomena air pasang besar berlaku mulai hari ini 9 hingga 11 Oktober. - Foto Faiz Anuar

“Setakat ini keadaan terkawal dan pada petang ini, kira-kira jam 4 petang, kita akan lakukan rondaan sekali lagi,” katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Difahamkan, paras air pasang pagi ini mencecah 5.5 meter pada jam 6.02 pagi manakala ia dijangka setinggi 5.2 meter apabila air pasang sekali lagi pada jam 6.21 petang ini.

Semalam, Pegawai Daerah Klang,Mohd Zainal Mohd Nor, berkata, penduduk 10 kampung sekitar daerah ini berdepan risiko banjir sekiranya hujan dan ribut berlaku serentak berikutan fenomena air pasang besar yang dijadualkan berlaku bermula hari ini.

Beliau berkata, berkata, sekiranya hujan tanpa adanya ribut, banjir berkemungkinan tidak akan berlaku dan melanda penduduk di situ.

Berita Harian X