Selasa, 6 November 2018 | 12:47pm
MANGSA banjir dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Sivik Seberang Pintasan. - Foto ihsan APM
MANGSA banjir dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Sivik Seberang Pintasan. - Foto ihsan APM
KEADAAN banjir di Dungun. - Foto ihsan APM
KEADAAN banjir di Dungun. - Foto ihsan APM

Dungun mula dilanda banjir

DUNGUN: Dungun menjadi daerah pertama di negeri ini dilanda banjir pada musim tengkujuh tahun ini dengan 40 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan setakat jam 11 pagi ini.

Semua mangsa, termasuk empat kanak-kanak, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Sivik Seberang Pintasan bermula jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah, berkata jumlah itu dijangka meningkat sekiranya hujan lebat melanda.

“Buat masa ini, hujan renyai di kawasan itu dan penduduk terpaksa dipindahkan berikutan air bertakung kerana hujan lebat sejak malam tadi,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X