Ahad, 11 November 2018 | 12:57pm

Mitraland serah sumbangan RM134,820

KLANG: Pemaju perumahan, Mitraland Group (Mitraland) menyumbang RM134,820 kepada empat sekolah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu melalui program ‘5KM Charity Fun Run’ kali keenam di Taman Tasik [email protected], di sini, pagi tadi.

Program larian amal anjuran Mitraland itu disertai kira-kira 3,100 peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk pelajar, ibu bapa, guru dan penduduk di sekitar Klang.

Larian sejauh lima kilometer itu dilepaskan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chuah Theong Yee, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Theong Yee, berkata, larian amal itu adalah sebahagian daripada usaha Mitraland dalam membantu memperkasakan lagi pendidikan.

Beliau berkata, empat sekolah yang terpilih menerima sumbangan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perempuan Klang yang menerima RM46,350 dan SJKC Khe Beng (RM35,190), SJKC Chung Chua (RM23,220) serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima yang menerima sumbangan sebanyak RM23,220.


CHUAH Theong Yee (dua dua kiri) diiringi Tan Chee Hoaw (kiri) melepaskan peserta larian pada Program 5KM Charity Fun Run di Taman Tasik [email protected], Kota Bayuemas Pendamar, Klang. - NSTP/Faiz Anuar

Katanya, wang sumbangan itu berbeza berikutan ia mengikut jumlah bayaran penyertaan larian diterima daripada setiap sekolah dan kemudian digandakan sekali ganda.

“Mitraland sentiasa komited dan prihatin dengan pendidikan di sekolah. Sumbangan melalui larian amal ini diharap dapat membantu pembangunan sekolah.

“Tahun ini larian amal ini agak istimewa berikutan ia dianjurkan sempena dengan ulang tahun ke-20 Mitraland. Tambahan pula, larian pada tahun ini dijalankan di Taman Tasik [email protected] yang dilancarkan semalam,” katanya.

Sumbangan diserahkan oleh Theong Yee sambil disaksikan Pengurus Besar Mitraland, Tan Chee Hoaw kepada wakil sekolah selepas tamat larian amal berkenaan.

Selain beramal, program itu bertujuan menggalakkan sikap positif dalam kalangan masyarakat supaya menjalani gaya hidup aktif dan sihat.

CHUAH Theong Yee (tengah) diiringi Tan Chee Hoaw (kanan) menyampaikan sumbangan kepada empat sekolah yang terpilih, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perempuan Klang, SJKC Khe Beng, SJKC Chung Chua dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima pada Program 5KM Charity Fun Run di Taman Tasik [email protected], Kota Bayuemas Pendamar, Klang. - NSTP/Faiz Anuar
Berita Harian X